Sunday, December 18, 2011

Terima kasih MAK&AYAH

   Jari jemari terasa ingin menarikan sesuatu yang terpendam di lubuk hati ketika ini. Hati ini terasa bertuah,bangga,bersalah, semuanya bercampur-baur. 
  
   Bulan DISEMBER ini,kebiasaannya diri ini dan family sangat gembira kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran bersama. Tarikh 11,14,17 & 19 Disember adalah tarikh yang pasti diingati oleh kami sekeluarga. Itulah tarikh kelahiran kami empat beradik yang dilahirkan oleh seorang insan yang digelar MAK.
  
  Insan yang bernama MAK&AYAH begitu besar pengorbanan terhadap anak-anaknya tanpa meminta untuk dibalas. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa. Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.
Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita.

Dengan beringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa. Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada ibu bapa.

Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ” 
(Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

Allah juga berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya.”
(Surah An Nisaa’: Ayat 36)

  Teringat ketika mak dan ayah bersusah payah menyediakan keperluan persekolahan kami adik beradik ,setiap kali hendak memulakan sesi persekolahan. Dan,bagaimana pengorbanan seorang ayah ketika mendengar pengkhabaran diri ini sakit ketika di asrama. Seorang ayah sanggup melakukan apa saja ketika itu. 

  Menitis air mata ini bila mengenangkan semua itu. Hanya satu yang perlu aku lakukan iaitu mengembirakan hati kedua ibu bapaku dengan menunaikan hajat mereka.

   Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan untuk membesarkan kita, anak-anak. Kita sebagai anak wajib membalas akan pengorbanan mereka walaupun sebenarnya kita tidak akan mampu membalasnya. Percayalah Allah pasti membalasnya kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

P/S:- Hepy besday buat abg,ana dan adik
     -Time kasih buat mak ayah tersayang yang mencurahkan kasih sayang selama ini dan maafkan segala kesalahan yang membuatkan hati terluka.