Thursday, September 29, 2011

Muslimah kini


Kelembutan bukan nya tanda kelemahan
Di sebalik wajah tersirat hati tabah
Akur bukan bererti tiada pendirian
Wajarnya berfikir sebelum membimbing

Dengan harapan murni

Warisan hawa
Berdiri di samping dengan setia
Membimbingmu dengan ketulusan
Hati berpedoman

Didik wanita
Terdidik generasi yang mulia
Menimba amalan penuh taqwa
Memegang amanah warisan hawa

Titis air mata bukan tanda kecewa
Sebaliknya bangga dilimpah pengalaman
Ikhlas berbakti menuntut kehendak agama
Semoga diredha melangkah ke depan

Dengan harapan murni


  Berfikir sejenak,apa yang ingin dibawa oleh penganjur dan sesiapa yang terlibat dalam program terbaru di astro oasis USTAZAH PILIHAN dan TV HIJRAH SOLEHAH. Mungkin tujuannya untuk mendidik dan melahirkan  golongan yang menjadi tulang belakang kejayaan sesuatu generasi dan golongan yang boleh juga menjadi racun kepada sesuatu generasi. Tapi, perlukah dengan cara mempromosikan diri???

  Sedangkan golongan yang dinamakan WANITA,MUSLIMAH begitu dimuliakan. Buktinya didalam Al-Quran sendiri mempunyai satu surah yang khusus menerangkan mengenai muslimah dan ada juga surah yang dinamakan AN-NISA'. Dan, begitu banyak hadis yang menceritakan mengenai wanita. Antaranya adalah :
Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:
ayat1.jpg
Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

  Tidak salah untuk mendidik supaya menjadi pendidik kepada generasi akan datang tapi, begitu banyak cara untuk ke arah itu tanpa perlu menonjol dan mempromosikan diri sehingga boleh mendatangkan fitnah. Ini adalah kerana golongan yang dinamakna wanita begitu mudah dan banyak fitnah disekelilingnya.

Thursday, September 22, 2011

Salah siapa???


Sungguh mengejutkan apabila kontroversi isu "Hina Rasulullah" dala filem "Hantu Bonceng" tiba-tiba dianggap tiada apa-apa oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN),

    Terbaru, bila Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap (foto) berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

   Paling mengejutkan bila dia tergamak kata "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. "Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu". Masalahnya, memanglah Zizan terhenti menyebut tetapi bukankah ia telah terkandung dalam skrip yang terpaksa diucapakan.

Apakah sudah tiada ayat atau idea lain untuk babak itu,
Apakah wajar perlu dibaca khalimah syahadah kemudian "syaitan". Bukankah ia adalah membawa makna satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sendiri.

    Persoalannya, kenapakan pihak LPF boleh meluluskan adengan tersebut tanpa ada perasaan sensitif terhadap agama?. Bukankah yang menjadi ahli lembaga itu majoritinya adalah orang Islam itu sendiri. 

   Mereka harus sedar bahawa filem berkenaan juga ditonton oleh orang bukan Islam. Maka, apakah persepsi dan tanggapan masing-masing bila perkataan itu diucapkan secara berulang-ulang oleh Zizan Raja Lawak?. Ini akan mengelirukan dan pasti ditertawakan oleh mereka. Penulis skrip dan pengarah filem berkenaan juga perlu bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka akibat keterlanjuran ini. 

Meletakkan kesalahan atas bahu Zizan juga adalah tidak wajar dalam kes ini. Dia hanya mengikut arahan mereka yang berada dibelakang tabir.

Saturday, September 10, 2011

Corak kehidupan

Terlintas untuk mencoret sesuatu di teratak hatiku ini walaupun hakikatnya tidak ada apa2 pun yang best untuk dikongsi.

Rasanya,baru beberapa hari mencoret berkenaan air mata..tup tup diri ini terus-terusan mengalirkan air mata yang tidak dapat ditahan. Seperti jari-jari ini mengetahui yang tuannya akan mengalirkan air mata.Begitu kuat hubungan jari ini dengan hati tuannya (subhanallah,kuasa Allah).

Begitulah putaran hidup seorang hamba yang bergelar manusia.Hari ini dia gembira esok lusa dia dilanda kesedihan,hari ini dia susah esok lusa hidupnya begitu mudah dan begitulah seterusnya bagi yang lain. Tapi,semuanya itu adalah ujian bagi kita sebagai hamba Allah, dan bagaimana kita menghadapi ujian itu.

Allah berfirman bermaksud:
Dialah yang sudah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang yang bertaubat.
(Surah al-Mulk, ayat 2)



Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-anak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Teringat falsafah kucing…


Makanan kesukaan kucing adalah ikan. Tapi kucing tak pernah pun pergi memancing atau menangkap ikan sendiri di laut atau sungai. Sebabnya, memang tak mungkin dapat dilakukannya. Jadi, untuk makan ikan apa kucing buat?
Kucing akan menggesel2 dirinya dgan tuanya dan bermanja2 degan tuannya.Maka,dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya jadi, ia akan diberi ikan untuk santapannya.
Jadi, begitulah juga dengan kita untuk mendapat kehidupan yang baik.Kita kena mendekati TUAN kita.Siapa TUAN kita???Itulah ALLAH yang maha agung,penguasa seluruh alam.
Jangan ingat dengan kudrat,usaha dan susah payah kita saja untuk kita mendapatkan apa yang kita hajati.Rezeki tidak akan dapat tanpa belas ihsan dan kasih sayang dari tuan kita.Maka, kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin tuan kita.

Lihatlah, bagaimana kucing dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan.Mungkin kucing mendapat ikan tapi tuannya tidak redho,marah dan bengang padanya.Begitulah juga dengan kita barlah sekarang kita tidak mendapat apa yang kita mahukan..Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita dan mungkin diri kita belum begitu dekat denganNYA.

Antara tips-tips untk diri ketika menghadapi ujian hidup:-
1. Dunia ini sementara,Allah penentu segalanya
2. Redha
3. Ingat janji Allah
4. Pasti ada hikmahnya
5. Allah saja penolong kita

Harus diingat, musibah yang menimpa manusia ada hikmah yang tersembunyi. Justeru, dapatlah kita fahami bahawa semua umat manusia terdedah kepada pelbagai bentuk ujian daripada Allah dan sifat sabar dapat membantu mereka menangani cabaran yang datang.

P/s :Berilah kekuatan kepada aku dan sahabat2 ku..thabatkanlah hati kami.
-Ceriakan hidup walaupun pahit utk menelannya

Saturday, September 3, 2011

Tangisan hamba



Apabila malam mulai menjelang, kebanyakan manusia tertidur lena. Namun, pada masa itu, manusia-manusia langit tidak pernah tidur. Mereka tertunduk di hadapan Allah. Esak tangis mengisi malam-malam mereka. Mereka mengharapkan kasih sayang daripada yang maha penyayang. Allah reda kepada mereka, mereka juga reda kepada Allah. Malaikat-malaikat dan seluruh penghuni langit terpesona melihat mereka. Para malaikat sentiasa mendoakan kebahagiaan, ketenangan, syurga dan semua keindahan di dunia dan akhirat untuk mereka. Begitulah gambaran orang-orang soleh yang mendekatkan diri dengan Tuhannya pada penghujung malam.

Kebanyakan orang tua mengherdik anak-anaknya yang menangis, terutamanya anak lelaki. Pada mereka, menangis menunjukkan kelemahan seseorang. Paradigma itu perlu diubah. Menangis adalah antara cara terbaik melembutkan hati kita. Contohnya adalah tangisan orang yang mencari keredaan Tuhannya pada malam hari.

Menangis yang bagaimanakah yang digalakkan Nabi Muhammad? Menangis lantaran bahagia, terharu, takut dan rindu kepada Allah, dan menangis kerana menyesali segala dosa serta menangis bagi memohon perubahan diri kepada Allah (perubahan rezeki, perubahan suasana kehidupan dan yang lain-lain ke arah yang lebih baik).



Kenapakah kita boleh mengalirkan air mata ketika menonton cerita atau drama2 di tv atau mendengar lagu2 yg syahdu tapi begitu susah untuk kita mengalirkan air mata di hadapan pencipta untuk mengadu atau menyesali dengan apa yang kita telah lakukan.

p/s : Muhasabah diri. air mata yang keluar sepanjang hampir 23 tahun kehidupan, cuma berapa titiskah air mata keranaNya.

titisan-titisan yang sia-sia, semoga jauh dari murkaNya.