Tuesday, November 29, 2011

Terima kasih


Teman…
Andai benar kalian menyayangiku…
Jangan merimbun puji dan pujamu padaku..
Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA..
Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta…
Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya.

Teman...
Bukan tidak pernah terguris, bukan tidak pernah bertelagah, 
Tetapi jika dihati sama-sama adanya Allah 
Pendamaian akan mudah menjelma semula, 
Yang bersalah mudah meminta maaf, yang benar mudah memberi maaf, 

Tidak ada dendam memanjang 
Masam Cuma sebentar, pahit hanya seketika, 
Ada ribut tapi hanya di dalam cawan, 
Ada gelombang tapi cepat-cepat menjadi tenang.

  
Teman….
Andai benar kalian menyayangiku….
Tebarkan wangian dalam persahabatan…
Agar harum kasih ikatan ini…
Berpanjangan hingga ke syurga idaman…

Teman…
Sayangi aku kerana-NYA…
Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” ( Hadis riwayat Bukhari )