Saturday, September 3, 2011

Tangisan hamba



Apabila malam mulai menjelang, kebanyakan manusia tertidur lena. Namun, pada masa itu, manusia-manusia langit tidak pernah tidur. Mereka tertunduk di hadapan Allah. Esak tangis mengisi malam-malam mereka. Mereka mengharapkan kasih sayang daripada yang maha penyayang. Allah reda kepada mereka, mereka juga reda kepada Allah. Malaikat-malaikat dan seluruh penghuni langit terpesona melihat mereka. Para malaikat sentiasa mendoakan kebahagiaan, ketenangan, syurga dan semua keindahan di dunia dan akhirat untuk mereka. Begitulah gambaran orang-orang soleh yang mendekatkan diri dengan Tuhannya pada penghujung malam.

Kebanyakan orang tua mengherdik anak-anaknya yang menangis, terutamanya anak lelaki. Pada mereka, menangis menunjukkan kelemahan seseorang. Paradigma itu perlu diubah. Menangis adalah antara cara terbaik melembutkan hati kita. Contohnya adalah tangisan orang yang mencari keredaan Tuhannya pada malam hari.

Menangis yang bagaimanakah yang digalakkan Nabi Muhammad? Menangis lantaran bahagia, terharu, takut dan rindu kepada Allah, dan menangis kerana menyesali segala dosa serta menangis bagi memohon perubahan diri kepada Allah (perubahan rezeki, perubahan suasana kehidupan dan yang lain-lain ke arah yang lebih baik).



Kenapakah kita boleh mengalirkan air mata ketika menonton cerita atau drama2 di tv atau mendengar lagu2 yg syahdu tapi begitu susah untuk kita mengalirkan air mata di hadapan pencipta untuk mengadu atau menyesali dengan apa yang kita telah lakukan.

p/s : Muhasabah diri. air mata yang keluar sepanjang hampir 23 tahun kehidupan, cuma berapa titiskah air mata keranaNya.

titisan-titisan yang sia-sia, semoga jauh dari murkaNya.