Monday, November 7, 2011

Pengorbanan


Sanggupkah aku berKORBAN untuk ISLAM?
Apakah PENGORBANAN aku untuk ISLAM?
PENGORBANAN apa yang telah aku buat?

  Inilah antara persoalan-persoalan yang perlu ditanya kepada setiap individu yang mengaku sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. Umat dan makhluk yang dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan umat yang dicipta sebaik-baik makhluk. Jadi, setakat mana makhluk ini mensyukuri anugerah ini dan setakat mana makhluk ini sanggup berkorban untuk agamanya??semuanya ada dalam diri masing-masing.


  Hari Raya korban menyahut kita untuk mengenangkan pengorbanan Para Rasul dan pejuang-pejuang Islam yang lain dalam membawa dan menyampaikan Islam sehingga kita dapat mengecapinya pada hari ini. Bagaimana caranya kita menghayati semangat pengorbanan ini? Apakah yang harus dibuat untuk membuktikan bahawa kita menghayati erti pengorbanan ini?



  Ia bukan hanya dengan lafaz, takbir dan tulisan semata-mata tetapi seseorang yang menghayati erti pengorbanan seseorang pasti dapat dibaca melalui tindak tanduk dan kerja yang dibuatnya. Perbuatan dan peribadinya menggambarkan dia mengerti pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan, justeru perasaan penghargaannya kepada apa yang telah dia kecapi hasil pengorbanan itu diluahkan dengan pengamalan dan sumbangannya yang dapat memberi manfaat pada orang lain.

  Dalam kehidupan kita, ramai insan telah wujud disekeliling kita. Bermula celiknya mata kita didunia ini hingga terpejamnya kelak mata yang sama ini, mungkin tidak terkira insan yang telah kita ketemui. Ada dikalangan insan tersebut kita telah lupakan lantaran tiada rasa kepentingan pada dirinya dan lamanya tidak bersua. Tiap daripada insan yang hadir dalam kehidupan ini, pasti ada pengorbanannya yang tersendiri.




  Pengorbanan Ibu yang melahirkan, pengorbanan Ayah yang mencari nafkah, pengorbanan adik beradik yang membesar bersama, pengorbanan teman sewaktu menuntut ilmu, pengorbanan guru yang mendidik, pengorbanan ulama’ yang menyampaikan, pengorbanan Rasul yang memimpin dan pengorbanan demi pengorbanan yang tiada boleh kita ungkapkan kerana banyaknya insan yang telah berkorban. Tiap pengorbanan ini menuntut untuk kita menghargainya dan belajar daripadanya untuk berkorban pula tanda penghargaan kita. Menghayatikahku erti pengorbanan?



p/s - Salam eidul adha buat sume..maaf salah silap hamba yang lemah ini