Wednesday, May 18, 2011

Tanggugjawab insan yang bergelar hamba

Tersedar seketika dari perjalanan kehidupanku yang agak kelam kabut sedikit akhir-akhir ini,tika ada yang menyapa mengenai teratakku yang begitu lama tidak dihias ini.Sebenarnya diri ini agak melupakan seketika teratak yang satu ini akibat dihambat sesawang facebook ku yang membuatkan aku begitu asyik bercerita dan mengimbau kenangan-kenangan lalu bersama teman-teman yang begitu lama terputus hubungan.Tapi, dengan sesawang facebook yang dicipta oleh seorang pemuda yang berumur 26 tahun MARK ZUCKERBERG ini, kami kembali bercerita seperti 10 tahun lalu (begitu cepat masa berlalu). Dan sesawang yang agak mudah untuk diri ini mencoret sesuatu sehingga terlupa yang diri ini mempunyai teratak yang satu ini.

Ketika bercerita kisah-kisah lama bersama rakan-rakan terasa dunia ini memang adil dengan segala yang ditakdirkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hambanya.Jika dulu aku begitu,dia begini dan sekarang aku begini,dia begitu dan ada juga yang aku atau dia tetap begitu dan begini.Tidak pernah terlintas walau seketika yang sekarang aku dan dia menjadi begini.Itulah qada’ qadar Allah swt yang manusia tidak mampu mengetahui mengenai rezeki,ajal maut dan masa depannya melainkan berserah segala-segalanya kepada penciptaNya sahaja.Benarlah seperti yang dikatakan oleh Dr Yusof al-Qardhawi
“ Apabila seseorang itu mengucap kalimah syahadah,dia mesti berpegang dengan 3 perkara berikut,iaitu:
1. Menjadikan Allah swt itu sebagai Rabb(pentadbir alam)
2. Menjadikan Allah swt itu sebagai pelindung
3. Menjadikan Allah swt itu sebagai penggubal undang-undang

Tapi, sebagai hamba kita tidak berhak untuk menunggu dengan menongkat dagu dan bersilang kaki sahaja dengan apa yang akan ditadbir oleh pencipta. Ini adalah kerana, amanah dan tanggungjawab sebagai manusia apatah lagi sebagai seorang muslim amatlah banyak dan berat.Jadi,kita perlu berusaha dan sentiasa menjadikan setiap nafas yang dihembus dengan melakukan sesuatu demi agama yang agung iaitu ISLAM.



Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah."
Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal(pemuda) seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama yang perlu dikeluarkan oleh setiap manusia khususnya pemuda dan pemudi untuk melihat kemengan ISLAM.