Thursday, December 30, 2010

Salam imtihan



Lama rasanya tidak mencoret sesuatu di sesawang ini. Banyak sebenarnya perkara yang hendak dikongsi tapi ruang dan masa selalu mencemburui. Jadi setiap kali diri ini hendak mencoretkan sesuatu ada saja yang menghalangnya.

Tapi kali ini cemburu ruang dan masa agak berkurang sedikit. Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk bersama dengan temanku yang satu ini. Sebenarnya waktu sekarang tidaklah kosong sangat tapi kadang-kadang agak bosan sedikit kerana asyik bersama dengan kitab-kitab kuliah, memandangkan imtihan yang akan menjengah tidak lama lagi. Rasanya semua sahabat-sahabat satu perjuangan pun mungkin begini.
Bila tibanya waktu imtihan suasana sekeliling pun berubah. Masing-masing sibuk menyiapkan segala persiapan untuk ke medan peperiksaan nanti. Dan, masing-masing juga mengharap dan mengimpikan kejayaan atas usaha-usaha itu.

Ialah, semua orang mengimpikan kejayaan atas sesuatu yang ia telah usahakan. Seorang pembuat rumah pasti mengharapkan rumah yang dibina tersergam indah setelah ia bertungkus lumus menyiapkannya. Begitu jugalah dengan seorang pelajar atau mahasiswa pasti mengharapkan kejayaan setelah berjuang menghabiskan bacaan dan hafalan kitab-kitab.

Tapi, sebagai seorang mukmin usaha tanpa meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah tidak sempurna sifatnya. Ini adalah kerana, sebagai hambaNYA kita perlu yakin semua perkara hanya dariNYA. Seperti Firman ALLAH yang bermaksud :

……Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal. Jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Al-Maidah:23).

Maka, barangsiapa tidak menghiraukan firman Allah, bahawa rezeki datang dari Allah, tidak menganggap sebagai janji Allah, merasa tidak tenteram dengan jaminan Allah, tidak merasa senang dengan ketetapan Allah, menganggap sepi perintah dan pahala serta ancaman Allah, maka ia akan merasakan sendiri akibat perbuatannya itu.

Oleh itu, sama-samalah kita bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha. Insyallah janji Allah adalah janji yang sebebar-benarnya. SALAM IMTIHAN BUAT SAHABAT-SAHABAT.DOAKAN KEJAYAAN YANG DIREDHOI ALLAH MILIK KITA BERSAMA AMIN YA RABB.

Saturday, August 28, 2010

Kem Generasi Rabbani



Puas rasanya hati ini dapat lebih rapat dengan adik-adik dan dalam masa yang sama dapat mengimbas kembali zaman persekolahan yang begitu manis, walaupun terpaksa berkampung di Maahad Al-Yahyawiah selama tiga hari bersama-sama sahabat yang lain. Alhamdulillah akhirnya perancangan bersama sahabat-sahabat untuk membantu adik-adik di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun masih banyak cacat celanya. Maklum la program pertama...




Pelbagai pengisian didedahkan kepada adik-adik antaranya berkenaan dengan akhlak, cinta monyet, isu semasa dan lain-lain lagi.Program yang berlangsung pada 27 hingga 29 ogos itu turut dibantu oleh sahabat-sahabat dari UPSI dan UITM. Dalam masa 3hari 2malam ini kami sama-sama merungkai masalah adik-adik dan lebih memahami mereka.




Harapan yang begitu besar untuk melihat adik-adik ini menerapkan biah solehah di sekolah ini. Kerana hati ini bagitu sedih dengan keadaan sekolah yang jauh berbeza dari dulu, dengan kerenah guru-gurunya dan pelbagai lagi. Kenangan indah tetap tersimpan bersama sahabat-sahabat dan adik-adik di program ini.

Tuesday, August 24, 2010

Program Bakti Siswa



Seperti kebiasaan pada setiap tahun Bumi Anbiya' akan dihadiri dengan mahasiswa-mahasiswa baru. Jadi, tidak ketiggalan juga pada tahun ini bagi anak-anak negeri Perak. Seperti biasa pihak persatuan akan mengadakan program sebelum mereka menjejaki kaki ke bumi Mesir. Program yang diberi nama PROGRAM BAKTI SISWA AL-AZHAR (PBSA).

Pada tahun ini program tersebut diadakan di Hotel Sri Malaysia Ipoh. Program yang berlangsung pada jam 2petang 23 ogos dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari 24 ogos.
Walaupun program yang asal perancangannya selama tiga hari tapi terpaksa disingkatkan atas permintaan JAIP.



Walaupun waktu program disingkatkan, alhamdulillah segala pengisian dapat dijalankan walaupun dalam keadaan sedikit kelam kabut. Dan turut dimeriahkan dengan kehadiran dua orang mantan Presiden PMRAM Ust Hairul nizam dan Ust Abdul Muiz sebagai pengisi slot.

Saturday, July 24, 2010

Melepas kerinduan

Sudah sekian lama tidak menjenguk ke teratak hatiku ini. Semenjak kaki menjejak bumi yang dicintai tidak berkesempatan untuk menjenguk. Maklumlah bila dah sampai ke tanah air yang ditinggal hampir 3tahun macam-macam benda nak buat dan banyak tempat nak pergi.

Dalam masa 2minggu sempat la melawat tempat-tempat yang banyak menyimpan kenangan dan tempat-tempat peranginan....


Wednesday, June 30, 2010

Masalah dalam kehidupan insan


Semua manusia akan merasa saat menghadapi masalah dalam kehidupan. Tidak sempurna hidup seseorang jika tanpa masalah, walaupun dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar masalah. Dan, semua orang berbeza-beza masalah yang dihadapi dalam kehidupannya. Tapi, cara untuk menghadapinya mungkin ada persamaan.

Sembilan langkah menghadapi masalah :

1. Hilangkan fikiran buruk dan tak baik pada orang lain. Samaada, peribadi atau benda yang dimiliki oleh orang lain. Latih diri untuk berprasangka baik terhadap orang lain.

2. Jaga Perasaan dan Emosi. Jangan biarkan emosi menguasai fikiran.

3. Hilangkan kesedihan dari benak fikiran. Jauhi perasaan sedih, bermuram durja, dan perasaan negatif.

4. Bentuk fikiran yang rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada orang lain. Menolong orang boleh memberi ketenangan kepada diri kita sendiri.Selain itu memberi kita peringkat harga diri yang lebih baik, rasa hormat, dan kebahagiaan.

6. Cubalah dengar nasihat orang lain. Dengan mendengar dan memberi nasihat kepada orang lain, kita pun boleh merasa bahagia.

7. Hilangkan perasaan negatif seperti takut, gugup, ragu, dan rendah diri.

8. Dekatkan diri dengan sang Maha Pencipta. Agar kita dapat diberikan rahmat dan jalan hidup yang lebih menyenangkan.

Pesanan buat diri: Sesusah-susahnya kita, masih ada yang lebih susah dari kita.

Friday, June 4, 2010

Remaja era ini



Zaman remaja adalah zaman untuk mencuba perkara-perkara baru.Tapi, masalah bagi remaja pada zaman yang penuh mencabar ini lebih suka mencuba perkara-perkara yang tidak sepatutnya dicuba. Lebih baik dan bagus jika golongan harapan agama dan bangsa ini mencuba sesuatu untuk kepentingan ummah dan Islam.

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap.Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosiol emosinya. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat rumit dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial.
Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."

Pembentukan Akhlak Remaja Islam


Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu bapanya .


Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Syeikh Yusuf al-Badri:

a) Ilmu yang menafikan kejahilan
b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya
c) Keyakinan yang menafikan keraguan
d) Penerimaan yang menafikan penolakan
e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan
g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.


Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :
1) solat.
2) zakat dan infak.
3) puasa.
4) haji.
5) membaca al qur'an.
6) zikir.
7) memikirkan penciptaan allah.
8) mengingati mati dan memendekkan angan-angan.
9) muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.
10) jihad, amal makruf dan nahi mungkar.
11) dedikasi dan bersifat tawadduk.
12) mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
13) mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.


Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam


Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:

a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) :

"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.

Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang.

b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh

Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.
Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman yang bermaksud :

"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum yang bersyukur."
Surah al 'Araf, ayat 58 :

Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.


c-Qudwah Hasanah

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.





d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam

Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta memastikan mereka melaksanakan kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.

e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya

Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.
Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :

f - Peranan Media Massa

Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.


g - Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam.
4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.

Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.


Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.


h - Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan penjaga mereka.

Oleh kerana itu golongan remaja sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .

i - Peranan rumah ibadah

Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.


Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat .

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembleng untuk bersama-sama berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak tersebut dan sebagainya.


Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak.

Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara.

Wednesday, May 19, 2010

Tetamu baru


Saat semua mahasiswa Al-Azhar bergelumang dengan kitab-kitab untuk menghadapi peperangan di dalam peperiksaan, Tiba-tiba kami anak-anak perak di bumi anbiya' ini didatangi seseorang yang mengaku sebagai pegawai untuk menjaga kebajikan kami disini.

Pada awalnya terasa tidak senang juga dihati masing-masing. Biasalah semua menjadikan rumah-rumah anak negeri lain yang mempunyai pegawai sebagai teladan.Jadi, masing-masing mempersoalkan gerak kerja beliau disini pada malam ramah mesra bersama rombongan dari negeri perak yang datang bersama tetamu yang mengaku sebagai pegawai ini. Dan, sebagai tuan rumah, alhamdulillah semua menyambut En. Muhaimin ini dengan baik walaupun ada juga hati-hati yang tidak senang. Biasalah, menerima pegawai yang masih bujang dan umur yang sebaya dengan anak-anak perak ini dan mungkin juga yang boleh dianggap adik bagi mereka.

Tapi, sejak akhir-akhir ini lain pula yang berlaku. Selama ini, wisma perak yang dihuni oleh anak-anak perak ini tenang tapi, tiba-tiba dikejutkan dengan cerita ugut mengungut dikalangan pelajar. Paling menyedihkan ada sahabat-sahabat yang diugut untuk ditarik zakat. APA SEMUA INI???
BEGINIKAH CARA UNTUK MELAYAN MAHASISWA??SALAHKAH MAHASISWA UNTUK BERSUARA UNTUK KEBENARAN???

Rasanya, cara ynag digunakan adalah cara lapuk dan hanya untuk budak-budak kecil.
Urmmm tak pe la sahabat-sahabat semoga tabah menghadapi semua ini. Semoga mereka yang menganiayai manusia lain ini mendapat ganjaran yang setimpal dengannya.

Semoga ukhuwah berpanjangan


Perasaan rindu bertandang ketika membaca post di blog seorang pejuang.((http://cucutokjambul.blogspot.com/2010/05/kenangan-di-bumi-dumyat-bersama-permata.html))
Mungkin bagi pejuang ini begitu banyak kenangan di PERMATA...pahit,manis dan segalanya. Begitu juga dengan diri ini begitu banyak kenangan tersimpan di PERMATA. Pahit,manis,gembira,sedih dan sebagainya. Tak terluah perasaan ini.

Setiap kenangan itu tidak dapat dirakam dan disimpan melalui bentuk gambar maupun video. Tapi, yang pasti kenangan tersebut begitu sukar untuk dihakis dari ingatan kami semua.
Semoga ukhuwah antara kita terus bersemi dan semoga sama-sama thabat dalam perjuangan.Andai ada diantara kita yang futhur sama-samalah kita memberi semangat kepada sahabat seperjuangan.HIDUP MATI UNTUK ISLAM!!!

Saturday, May 15, 2010

Wanita

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.- Wajib menutup aurat- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa- Berbuat baik kepada ibu & bapa- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami- Sentiasa menyenangkan suami- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah- Tidak bermasam muka di hadapan suami- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur- Tidak keluar tanpa izin suami- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Monday, April 12, 2010

Siapakah yang patut dipersalahkan

Sebak hati ini apabila membaca berita hari ini. Perbuatan ini memang sudah seringkali dipaparkan di akhbar maupun televisyen. Tapi, manusia yang sudah tidak mempunyai sifat kemanusiaan tidak pernah menganggap perkara ini satu perkara yang serius. Malah, semakin hari semakin menjadi-jadi. Sedangkan, binatang pun mempunyai sifat sayang terhadap anaknya, inikan pula manusia yang Allah telah ciptakan dengan adanya akal untuk berfikir.









Apakah dosa bayi-bayi ini?? Apakah salah mereka sehingga menghukum mereka sebegini rupa??

Inilah akibatnya dari masalah sosial yang kian meruncing. Remaja-remaja sudah hilang perasaan malu. Jika dulu penzinaan hanya berlaku di hotel-hotel, rumah tumpangan. Tapi kini, dimana-mana orang sudah tidak mempunyai perasaan malu jika melakukannya di khalayak ramai. Berpeluk cium di taman, pusat membeli belah dan sebagainya hanya perkara biasa. Malah, lebih menyedihkan lagi anak-anak melakukan perbuatan terkutuk ini di rumah tanpa diketahui oleh ibu bapa.

Jadi, apabila sudah terlahir anak-anak yang tidak berdosa ini, begitu mudah masalah diselesaikan tanpa ada perasaan kasih sayang dan perikemanusiaan.nau'zubillah

Oleh itu, siapakah yang patut dipersalahkan???DIRI SENDIRI??...IBU BAPA??..DIDIKAN??..PEMIMPIN???

Persoalan ini, masing-masing mengetahui jawapannya.

Tuesday, April 6, 2010

Saat kematian

Perasaan terkejut masih belum hilang dari dalam diri ini dengan perginya seorang sahabat seperjuangan yang sama-sama satu fligt ke bumi anbiya' ini. Tapi, tiada siapa mampu mengubah takdir itu, kerana semua di dunia ni milik ILAHI. Bila-bila masa DIA berhak mengambil miliknya kembali.

Mungkin esok lusa diri yang dhoif ini pula dijemput olehNYA. Tiada siapa yang mengetahuinya.Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati. Allah telah menjelaskan dalam Quran tentang kelakuan manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayatnya yang bermaksud :

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Kebanyakan orang menghindari dari berfikir tentang kematian. Ia lebih suka menyibukkan diri dengan sesuatu yang membelakangkan kematian.Lebih suka memikirkan apa yang aku perlu masak hari ni,apa yang aku nak buat hari ni, dimana aku nak pergi hari ni,esok dan sebagainya.Mereka menganggap bahwa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia.

Ketika kematian dialami oleh seorang manusia, semua “kenyataan” dalam hidup tiba-tiba lenyap. Tidak ada lagi kenangan akan “hari-hari indah” di dunia ini. Renungkanlah segala sesuatu yang kita dapat lakukan saat ini: kita dapat mengedipkan mata kita, menggerakkan badan, berkata-kata, tertawa. Semua ini merupakan fungsi tubuh kita. Sekarang renungkan bagaimana keadaan dan bentuk tubuh kita setelah kita mati nanti

Sunday, March 21, 2010

CARA SYAITAN MEMBUKA AURAT WANITA


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua:
Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, tak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat: Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua:
Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimeter saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.


Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita walau sekecil apapun, segera diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka semakin menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan membuka aurat bererti merelakan mendapatkan laknat Allah, kasihanilah diri, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Thursday, March 4, 2010

Pahit manis perjuangan

Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqamah.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya,
Sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah,
bangkitlah semula.
Andai terluka,
ingatlah janjinya.

Ya Allah,
Rahmatilah hidup kami,
Berilah pengakhiran pada hidup kami sebaik-baik pengakhiran.
Janganlah Kau matikan kami dalam kekufuran.
Ampunilah segala dosa-dosa kami,
Ya Rabbul 'Izzati..

Monday, March 1, 2010

Sejarah Islam Semangat Umat Masa Kini


Tidak dapat diluahkan perasaan ini saat kaki dapat melangkah ke tempat-tempat peninggalan sejarah. Sejarah mengajar diri untuk teruskan kehidupan dengan lebih bermakna, kerana dengan sejarah kita lebih bersemangat. Tambahan apabila kita sendiri dapat melihat segala peniggalan-peniggalan sejarah tersebut.

Antara tempat yang paling tidak dapat dilupakan apabila dapat mendaki Jabal Musa.Gunung ini juga menjadi laluan sahabat dan panglima Islam yang mashur AMRU AL- ASR ketika membawa Islam ke bumi Mesir. Menyelami penghayatan suasana bagaimana Nabi Musa menjejaki ke puncak Thursina bagi menunaikan perintah Allah menerima Taurat buat pedoman umatnya.Ketika itulah kami dapat merasai betapa sukarnya untuk mendaki Jabal Thursina tanpa semangat dan jiwa yang kental mana mungkin dapat kami menjejakinya.Apatah lagi kepayahan yang dialami oleh Nabi musa semata-mata menyanjungi perintah yang diamanahkan Allah untuk memimpin umatnya.

Tambahan:Sambungan cerita dan pengalaman yang membangkitkan semangat...INSYAALLAH

Sunday, February 28, 2010

30 Nasihat untuk para pendakwah

1. Ikhlas.

2. Menentukan tujuan dakwah yang jelas.

3. Bersikap sebagai seorang mujahid.

4. Menuntut ilmu.

5. Tidak terlalu idealis.

6. Tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.

7. Seimbang antara khauf (perasaan takut akan Allah) dan raja' (pengharapan kepada Allah).

8. Tidak mengkritik peribadi tertentu dengan menyebut identiti mereka.

9. Tidak merasa bersih di hadapan orang.

10. Tidak menambahi ucapan melebihi kitabullah.

11. Tidak berpaling walau perosak dan kerosakan bermaharajalela.

12. Tidak menjadikan hadits maudhu' sebagai dalil.

13. Tidak memperkecil organisasi atau kelompok tertentu.

14. Menentukan sesuatu masalah sesuai dengan kadarnya.

15. Berlemah lembut dan kasih sayang ketika memberi nasihat.

16. Bergaul dengan baik sesama manusia dan menghormati mereka.

17. Isytiharkan bahawa dakwah adalah untuk kemaslahatan.

18. Peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa.

19. Berkomunikasi dengan orang lain sesuai tahap pemikirannya.

20. Tidak memperlihat aib orang lain untuk mengangkat diri sendiri.

21. Memelihara peribadi sebagai Qudwah.

22. Menjalinkan hubungan dengan orang lain.

23. Memiliki Wala' dan Bara' yang nisbi.

24. Memiliki sikap bermasyarakat.

25. Memelihara tadarruj dalam berdakwah.

26. Meletakkan manusia sesuai dengan kedudukannya.

27. Muhasabah dan memohon dengan rendah diri kepada Allah.

28. Memiliki kelebihan dalam amal ibadah.

29. Sedikit cita-cita terhadap dunia dan persiapkan menghadapi kematian.

30. Penampilan yang baik.



Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

Tuesday, January 26, 2010

Ketinggian kedudukan wanita


Wanita adalah saudara kepada lelaki. Dari sudut penciptaan kedua-duanya berkongsi sifat kemuliaan insan. Wanita mempunyai hak-hak ke atas lelaki seperti lelaki mempunyai hak ke atas wanita berdasarkan hak-hak yang ditetapkan di mana ia sesuai dengan kedua-duanya mengikut pandangan adat manusia.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak), dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah)Allah maha kuasa dan maha bijaksana.( al-Baqarah,228 )

Tanggungjawab pemberian nafkah dan penjagaan dibebankan kepada kepada bahu lelaki sebagai satu hak keamanan kepada wanita. Dengan sebab ini, lelaki diberi kelebihan satu darjat dan kedudukan daripada wanita. Adapun darjat lelaki, ia tergambar di dalam bebarapa keadaan yang tidak sesuai disama ratakan bersama wanita seperti masalah nasab anak yang dibinkan kepada lelaki. Begitu juga tanggungjawab nafkah keluarga, lelaki dilebihkan sahamnya daripada wanita di dalam harta pusaka,tetapi tidaklah wanita diharamkan daripada harta pusaka.

Seperti firman Allah Taala yang bermaksud:
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peniggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peniggalan pusaka dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). (an- Nisa’,7 )

Jadi terbuktilah disini, bahawa setiap apa yang diatur oleh pencipta sudah cukup sempurna. Kita sebagai hamba yang hanya menumpang di dunia ini perlu bersyukur dan tidak melawan fitrah dari apa yang ditetapkan.

Tidak menjadi kesalahan untuk wanita bekerja, memimpin dan sebagainya. Tetapi,semua itu perlulah mengikut batas-batas yang digariskan oleh syarak. Usahlah berlumba-lumba untuk menandingi lelaki dalam perkara-perkara yang sepatutnya didahulukan oleh kaum lelaki seperti apa yang di perjuangkan oleh SISTER IN ISLAM. Sehingga semua perkara yang Allah sudah tetapkan untuk kaum adam hendak diambil alih oleh kaum hawa.

Adapun banyak darjat-darjat yang diangkat oleh Islam terhadap wanita,dimana ia tergambar di dalam bentuk memelihara tabiatnya yang lemah lembut dimana wanita itu sendiri terdidik dengan sifat menunaiikan hak dan janji, pemurah, berusaha, pengasih dan menghulur bantuan. Waniat juga adalah insan yang dipelihara dan dibuang kesusahan mereka dalam erti kata setiap kesalahan mereka yang kecil itu dimaafkan.

Tuesday, January 19, 2010

Hati-hati dengan hati


Hati kita sering gundah gulana dan tidak tenteram. Jadi, cuba kita periksa kembali mengapa ia jadi demikian. Antara sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya sifat mazmumah di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. PEMARAH

Sifat ini paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini biasanya jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. Ye lah, sape nak dekat kalau asyik marah je…bawa-bawalah senyum tentu orang tak takut nak dekat. Tapi, kalau marah pada perkara yang mungkar tu patut la.

2. PENDENDAM

Sifat ini tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam sekalipun hatta perkara-perkara kecil sekalipun. Sebab itu orang yang suka berdendam mudah diserang sakit jantung.( fuh…bahaye ni )

3. BAKHIL

Orang yang bakhil ini sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll darinya. Orang seperti ini juga sentiasa berdalih ia tiada duit apabila ada yang meminta derma.

4. TAMAK

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis.

5. TIDAK SABAR

Andainya perkara yang kecil pun kita tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu, banyak-banyaklah bersabar bila hadapi dugaan, fikir bukan diri kita je yang menghadapi dugaan, mungkin orang lain lebih berat dugaan dari kita.

6. EGO

Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari apa sudut sekalipun. Sifat ini adalah ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Tapi, memang tidak dinafikan semua orang mempunyai ego masing-masing Cuma, tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

7. RIAK

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang.

( urmm kesiannye... )


8. CINTA DUNIA

Apabila begitu mencintai dunia tidak dapat menderita dan dapat pun menderita kerana apabila sudah dapat susah pula untuk menjaganya. cinta dunia merupakan ‘ neraka dunia ‘ kerana dunia itu panas akibat ia jadibarang buruan dan rebutan. Jadi, letaklah akhirat itu di hati dan dunia di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah sepenuhnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dll tetapi ialah MAZMUMAH. Semakin tinggi mazmumah seseorang semakin ia tidak bahagia. Samaada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita. Tetapi, andainya bermujahadah kita kan dibantu oleh Allah dan akan bahagia akhirnya. Jadi, samala-samalah kita sentiasa mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka dengan dunia buruk padahnya.