Thursday, November 3, 2011

Selamatkan generasi negaraKU


Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
                                            --------------------------------------------------------

  Inilah pengenalan yang diperkenalkan oleh pihak yang ingin melaksanakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 November di The Annaxe Gallery Kuala Lumpur yang bertemakan " QUEER WITHOUT FEAR " di blognya http://www.seksualitimerdeka.org/



  Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Program tersebut sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Nauzubillah inilah realiti yang berlaku di tanah air tercinta MALAYSIA. 

  Jadi,ayuhlah wahai pemuda pemudi ISLAM bangkit untuk membantah sesuatu yang boleh merosakkan generasi pelapis bagi negara kita. Dan, pemimpin yang mempunyai kuasa bertindaklah jangan berdiam diri ini melibatkan sensitiviti semua rakyat. 


PENAJA BAGI PROGRAM SM 2011
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals