Tuesday, January 26, 2010

Ketinggian kedudukan wanita


Wanita adalah saudara kepada lelaki. Dari sudut penciptaan kedua-duanya berkongsi sifat kemuliaan insan. Wanita mempunyai hak-hak ke atas lelaki seperti lelaki mempunyai hak ke atas wanita berdasarkan hak-hak yang ditetapkan di mana ia sesuai dengan kedua-duanya mengikut pandangan adat manusia.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak), dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah)Allah maha kuasa dan maha bijaksana.( al-Baqarah,228 )

Tanggungjawab pemberian nafkah dan penjagaan dibebankan kepada kepada bahu lelaki sebagai satu hak keamanan kepada wanita. Dengan sebab ini, lelaki diberi kelebihan satu darjat dan kedudukan daripada wanita. Adapun darjat lelaki, ia tergambar di dalam bebarapa keadaan yang tidak sesuai disama ratakan bersama wanita seperti masalah nasab anak yang dibinkan kepada lelaki. Begitu juga tanggungjawab nafkah keluarga, lelaki dilebihkan sahamnya daripada wanita di dalam harta pusaka,tetapi tidaklah wanita diharamkan daripada harta pusaka.

Seperti firman Allah Taala yang bermaksud:
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peniggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peniggalan pusaka dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah). (an- Nisa’,7 )

Jadi terbuktilah disini, bahawa setiap apa yang diatur oleh pencipta sudah cukup sempurna. Kita sebagai hamba yang hanya menumpang di dunia ini perlu bersyukur dan tidak melawan fitrah dari apa yang ditetapkan.

Tidak menjadi kesalahan untuk wanita bekerja, memimpin dan sebagainya. Tetapi,semua itu perlulah mengikut batas-batas yang digariskan oleh syarak. Usahlah berlumba-lumba untuk menandingi lelaki dalam perkara-perkara yang sepatutnya didahulukan oleh kaum lelaki seperti apa yang di perjuangkan oleh SISTER IN ISLAM. Sehingga semua perkara yang Allah sudah tetapkan untuk kaum adam hendak diambil alih oleh kaum hawa.

Adapun banyak darjat-darjat yang diangkat oleh Islam terhadap wanita,dimana ia tergambar di dalam bentuk memelihara tabiatnya yang lemah lembut dimana wanita itu sendiri terdidik dengan sifat menunaiikan hak dan janji, pemurah, berusaha, pengasih dan menghulur bantuan. Waniat juga adalah insan yang dipelihara dan dibuang kesusahan mereka dalam erti kata setiap kesalahan mereka yang kecil itu dimaafkan.

Tuesday, January 19, 2010

Hati-hati dengan hati


Hati kita sering gundah gulana dan tidak tenteram. Jadi, cuba kita periksa kembali mengapa ia jadi demikian. Antara sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya sifat mazmumah di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. PEMARAH

Sifat ini paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini biasanya jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. Ye lah, sape nak dekat kalau asyik marah je…bawa-bawalah senyum tentu orang tak takut nak dekat. Tapi, kalau marah pada perkara yang mungkar tu patut la.

2. PENDENDAM

Sifat ini tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam sekalipun hatta perkara-perkara kecil sekalipun. Sebab itu orang yang suka berdendam mudah diserang sakit jantung.( fuh…bahaye ni )

3. BAKHIL

Orang yang bakhil ini sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll darinya. Orang seperti ini juga sentiasa berdalih ia tiada duit apabila ada yang meminta derma.

4. TAMAK

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis.

5. TIDAK SABAR

Andainya perkara yang kecil pun kita tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu, banyak-banyaklah bersabar bila hadapi dugaan, fikir bukan diri kita je yang menghadapi dugaan, mungkin orang lain lebih berat dugaan dari kita.

6. EGO

Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari apa sudut sekalipun. Sifat ini adalah ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Tapi, memang tidak dinafikan semua orang mempunyai ego masing-masing Cuma, tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

7. RIAK

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang.

( urmm kesiannye... )


8. CINTA DUNIA

Apabila begitu mencintai dunia tidak dapat menderita dan dapat pun menderita kerana apabila sudah dapat susah pula untuk menjaganya. cinta dunia merupakan ‘ neraka dunia ‘ kerana dunia itu panas akibat ia jadibarang buruan dan rebutan. Jadi, letaklah akhirat itu di hati dan dunia di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah sepenuhnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dll tetapi ialah MAZMUMAH. Semakin tinggi mazmumah seseorang semakin ia tidak bahagia. Samaada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita. Tetapi, andainya bermujahadah kita kan dibantu oleh Allah dan akan bahagia akhirnya. Jadi, samala-samalah kita sentiasa mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka dengan dunia buruk padahnya.

Erti persahabatan


Dua orang sahabat karib sedang berjalan bermusafir, Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang menampar temannya. Sahabat yang kena tampar merasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata dia menulis di atas pasir HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sehingga bertemu sebuah air terjun, mereka memutuskan untuk mandi. Sahabat yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya tadi cuba untuk berenang, namun dia nyaris tenggelam dan berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu HARI INI SAHABAT BAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Sahabatnya yang menolong bertanya

“ Kenapa setelah saya melukai hatimu,kau menulisnya diatas pasir dan sekarang kau menulisnya di atas batu?”

Temannya sambil tersenyum menjawab

“ Ketika seorang sahabat melukai kita ,kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan, bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak mudah ditiup angin”.

Cerita di atas begitu mudah dibaca dan dihayati. Begitu juga, mudahnya kita memutuskan sebuah persahabatan hanya kerana sakit hati atas sesuatu perbuatan atau perkataan yang menurut kita keterlaluan hingga menyakiti hati kita. Sakit hati lebih mudah diingati berbanding begitu banyak kebaikan yang dilakukan. Mungkin ini sebahagian sifat buruk manusia.

Saya pernah bertanya kepada seseorang. Apa yang harus saya lakukan ketika saya sakit hati. Dia mengatakan ketika sakit hati yang paling penting adalah melihat adakah orang yang menyakiti hati kita itu pernah kita sakiti ketika dahulu.Bukankah menjadi kebiasaan sifat manusia untuk membalas dendam??? Maka, biasanya apabila kita melukai hatinya terlebih dahulu dan dia juga ingin kita merasai sakit yang sama seperti yang dia rasa.Boleh jadi juga sakit hati kita kerana kesalahan kita sendiri yang salah dalam menafsirkan perkataan atau perbuatan teman kita. Oleh itu, kita mudah tersinggung dengan kata-kata sahabat kita yang dimaksudkan sebagai gurauan.

Namun demikian, orang yang bijak akan selalu mengajar dirinya untuk memaafkan kesalahan-kesalahan saudaranya yang lain. Tapi ini sangat berat untuk dilakukan. Oleh itu, kita perlu mengajar diri kita untuk menyerahkan sakit itu kepada Allah,yang begitu jelas dan pasti mengetahui bagaiman sakit hati kita, iaitu dengan membaca doa,

Ya Allah, balaslah kebaikan sesiapapun yang telah diberikan kepadaku dengan balasan yang jauh dari yang mereka bayangkan. Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahan sahabat-sahabatku yang pernah menyakiti hatiku.”

Bukankan Rasulullah pernah bersabda,

“ Tiga hal diantara akhlak ahli syurga adalah memaafkan orang yang telah menganiayamu, member ikepada orang yang mengharamkanmu, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepadamu.”

Zaman berlalu

Mabruk kpd hadi & k.mas yg selamat diijab kabulkan
pada hari raya aidil adha yang lalu.

Terasa baru semalam kita bersama–sama bergelak ketawa, makan bersama, study bersama, berkongsi pelbagai cerita dan bersama-sama keluar berjalan-jalan menghilangkan kekusutan di kepala dan menghilangkan keboringan.
Tapi semua itu kini tinggal kenangan, masing2 membawa haluan pelayaran mengikut destinasi masing2. Dan mungkin selepas ini, hanya masa dan takdir kita dapat bertemu kembali. Tapi, pertemuan tersebut tidak mungkin sama dengan pertemuan kita yang lalu. Semua itu tidak dapat kita ulangi kembali kerana masing2 mempunyai kehidupan sendiri.
Ermmm…satu persatu sahabatku selamat melayari satu alam yang berbeza dari dahulu. Alam yang memerlukan komitmen yang lebih dan tanggugjawab yang bertambah.
Iaitu alam PERKHAWINAN…Tapi, yang penting ukhuwah kita tetap seperti dulu. Cuma, keadaan dan zaman yang berbeza. Kerana diri kita dalam dunia ini ibarat belayar di tengah samudera duduk bernaung di bawah layar sedangkan zaman berjalan terus bersama kita.
Tapi, ape2 pun aku sebagai sahabat yang menyanyangi korang kerana Allah sentiasa mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan, dapat membina mahligai berasaskan Islam dan melahirkan pejuang-pejuang agama Allah. Korang pun jangan lupa doakan aku dapat naik pelamin cepat (heheheehe…berangan je la…)
- Tahniah jugak wat ita, roihah, faridah, syibah yg selamat mendirikan sebuah masjid.
Secebis kasih membuatkan kita sayang,
Seucap janji membuat kita percaya,
Sekecil luka membuat kita kecewa.
Tapi, sebuah persahabatan selamanya bermakna…
Semoga kita dapat bertemu….