Friday, November 25, 2011

Apa yang baru??


  Ketika menyambut tahun baru masihi, semua manusia mengingatinya. Ada yang meraikannya dengan majlis kesyukuran dan tidak ketinggalan juga yang meraikannya dengan berfoya-foya bersama pasangan masing-masing, samaada yang halal atau tidak. Dan, natijah kepada sambutan kepada sambutan tersebut akan lahirlah anak-anak TAHUN BARU selepas 9 atau 10 bulan kemudian. Nau'zubillah
  Tapi, tidak ramai yang mengingati saat memasuki tahun baru HIJRAH. Adakah ini kerana pada era kini , kita tidak lagi banyak menggunakan tahun hijrah dalam kehidupan??atau media masa tidak meghebahkan sambutan tahun baru hijrah seperti tahun baru masihi??Jawapannya, mungkin ada didalam diri masing-masing.


  Ketika kanak-kanak lagi kita telah didedahkan dengan sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w. Mungkin kita semua sedia maklum pelbagai rintangan dan pengorbanan dalam peristiwa tersebut. Jadi, kita sebagai ummat nabi Muhammad tidak dapat lari dari rintangan dan cubaan jika kita ingin berhijrah dari sesuatu kepada sesuatu. Tambahan lagi ketika penghujrahan kita itu kepada sesuatu yang lebih baik. Rintangan dari keluarga,rakan,keadaan semasa dan rintangan paling besar adalah diri kita sendiri iaitu NAFSU.

  Oleh itu, kita perlu tahu hijrah itu bukan hanya bermakna perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain bahkan lebih daripada itu.
  Hijrah itu seharusnya secara menyeluruh. Kita seharusnya tidak mengecilkan akan skop hijrah itu sendiri. Hijrah itu bakal melibatkan penampilan, akhlak, hati serta amalan atau perbuatan kita. Sekiranya perubahan ini dapat kita lakukan nescaya hidup kita akan selamat di dunia dan juga di akhirat. Hijrah yang dimaksudkan di sini ialah hijrah ke arah sesuatu yang lebih baik. Hijrah dari sudut Islam bermaksud sesuatu yang mulia atau murni di sisi Islam.

  Marilah sama-sama kita mengajak diri kita dan juga rakan-rakan yang lain supaya berhijrah ke arah yang lebih baik. Moga-moga usaha murni kita ini diberkati serta diredhai oleh Allah SWT. Dan, semoga dengan masuknya tahun baru 1433H ini kita mempunyai azam baru untuk menjadikan hidup kita lebih baik dari tahun lepas.

p/s - Salam maal hijrah kepada sume yang tersayang. Semoga tahun akan datang lebih manis dari tahun ini. 
      - Semoga azam tahun lepas yang tidak terlaksana dapat dilaksanakan pada tahun ini.
      - Mulakan tahun baru dengan senyuman...