Tuesday, November 29, 2011

Terima kasih


Teman…
Andai benar kalian menyayangiku…
Jangan merimbun puji dan pujamu padaku..
Tapi, hujani aku dengan ingatan berisi cinta-NYA..
Kalam agung menjulang kehebatan Maha Pencipta…
Sabda Nabi yang lebih dulu menebarkan cinta buat ummatnya.

Teman...
Bukan tidak pernah terguris, bukan tidak pernah bertelagah, 
Tetapi jika dihati sama-sama adanya Allah 
Pendamaian akan mudah menjelma semula, 
Yang bersalah mudah meminta maaf, yang benar mudah memberi maaf, 

Tidak ada dendam memanjang 
Masam Cuma sebentar, pahit hanya seketika, 
Ada ribut tapi hanya di dalam cawan, 
Ada gelombang tapi cepat-cepat menjadi tenang.

  
Teman….
Andai benar kalian menyayangiku….
Tebarkan wangian dalam persahabatan…
Agar harum kasih ikatan ini…
Berpanjangan hingga ke syurga idaman…

Teman…
Sayangi aku kerana-NYA…
Dan aku pasti menyayangimu jua kerana cinta-NYA.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” ( Hadis riwayat Bukhari )

Friday, November 25, 2011

Apa yang baru??


  Ketika menyambut tahun baru masihi, semua manusia mengingatinya. Ada yang meraikannya dengan majlis kesyukuran dan tidak ketinggalan juga yang meraikannya dengan berfoya-foya bersama pasangan masing-masing, samaada yang halal atau tidak. Dan, natijah kepada sambutan kepada sambutan tersebut akan lahirlah anak-anak TAHUN BARU selepas 9 atau 10 bulan kemudian. Nau'zubillah
  Tapi, tidak ramai yang mengingati saat memasuki tahun baru HIJRAH. Adakah ini kerana pada era kini , kita tidak lagi banyak menggunakan tahun hijrah dalam kehidupan??atau media masa tidak meghebahkan sambutan tahun baru hijrah seperti tahun baru masihi??Jawapannya, mungkin ada didalam diri masing-masing.


  Ketika kanak-kanak lagi kita telah didedahkan dengan sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w. Mungkin kita semua sedia maklum pelbagai rintangan dan pengorbanan dalam peristiwa tersebut. Jadi, kita sebagai ummat nabi Muhammad tidak dapat lari dari rintangan dan cubaan jika kita ingin berhijrah dari sesuatu kepada sesuatu. Tambahan lagi ketika penghujrahan kita itu kepada sesuatu yang lebih baik. Rintangan dari keluarga,rakan,keadaan semasa dan rintangan paling besar adalah diri kita sendiri iaitu NAFSU.

  Oleh itu, kita perlu tahu hijrah itu bukan hanya bermakna perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain bahkan lebih daripada itu.
  Hijrah itu seharusnya secara menyeluruh. Kita seharusnya tidak mengecilkan akan skop hijrah itu sendiri. Hijrah itu bakal melibatkan penampilan, akhlak, hati serta amalan atau perbuatan kita. Sekiranya perubahan ini dapat kita lakukan nescaya hidup kita akan selamat di dunia dan juga di akhirat. Hijrah yang dimaksudkan di sini ialah hijrah ke arah sesuatu yang lebih baik. Hijrah dari sudut Islam bermaksud sesuatu yang mulia atau murni di sisi Islam.

  Marilah sama-sama kita mengajak diri kita dan juga rakan-rakan yang lain supaya berhijrah ke arah yang lebih baik. Moga-moga usaha murni kita ini diberkati serta diredhai oleh Allah SWT. Dan, semoga dengan masuknya tahun baru 1433H ini kita mempunyai azam baru untuk menjadikan hidup kita lebih baik dari tahun lepas.

p/s - Salam maal hijrah kepada sume yang tersayang. Semoga tahun akan datang lebih manis dari tahun ini. 
      - Semoga azam tahun lepas yang tidak terlaksana dapat dilaksanakan pada tahun ini.
      - Mulakan tahun baru dengan senyuman...

Monday, November 21, 2011

Sayang ayah

  Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

   Semasa kecil, ibu lah yg sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? 
  Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!". Tp tahukah kita bahwa ayah sangat risau.?? 
     Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. 
       Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..  
         Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@universiti untuk belajar.. Di saat kita memerlukan macam-macam utk keperluan kuliah, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..




    Ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

    Mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. Sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.


JAWAB!!! Siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kita? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥

p/s:- Hargailah kasih sayang dan pengorbanan seorang AYAH sebelum terlambat.
     - Ayah, terima kasih atas segalanya dan maafkan segala kesalahan anakmu ini...

Monday, November 7, 2011

Pengorbanan


Sanggupkah aku berKORBAN untuk ISLAM?
Apakah PENGORBANAN aku untuk ISLAM?
PENGORBANAN apa yang telah aku buat?

  Inilah antara persoalan-persoalan yang perlu ditanya kepada setiap individu yang mengaku sebagai umat nabi Muhammad s.a.w. Umat dan makhluk yang dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan umat yang dicipta sebaik-baik makhluk. Jadi, setakat mana makhluk ini mensyukuri anugerah ini dan setakat mana makhluk ini sanggup berkorban untuk agamanya??semuanya ada dalam diri masing-masing.


  Hari Raya korban menyahut kita untuk mengenangkan pengorbanan Para Rasul dan pejuang-pejuang Islam yang lain dalam membawa dan menyampaikan Islam sehingga kita dapat mengecapinya pada hari ini. Bagaimana caranya kita menghayati semangat pengorbanan ini? Apakah yang harus dibuat untuk membuktikan bahawa kita menghayati erti pengorbanan ini?



  Ia bukan hanya dengan lafaz, takbir dan tulisan semata-mata tetapi seseorang yang menghayati erti pengorbanan seseorang pasti dapat dibaca melalui tindak tanduk dan kerja yang dibuatnya. Perbuatan dan peribadinya menggambarkan dia mengerti pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan, justeru perasaan penghargaannya kepada apa yang telah dia kecapi hasil pengorbanan itu diluahkan dengan pengamalan dan sumbangannya yang dapat memberi manfaat pada orang lain.

  Dalam kehidupan kita, ramai insan telah wujud disekeliling kita. Bermula celiknya mata kita didunia ini hingga terpejamnya kelak mata yang sama ini, mungkin tidak terkira insan yang telah kita ketemui. Ada dikalangan insan tersebut kita telah lupakan lantaran tiada rasa kepentingan pada dirinya dan lamanya tidak bersua. Tiap daripada insan yang hadir dalam kehidupan ini, pasti ada pengorbanannya yang tersendiri.




  Pengorbanan Ibu yang melahirkan, pengorbanan Ayah yang mencari nafkah, pengorbanan adik beradik yang membesar bersama, pengorbanan teman sewaktu menuntut ilmu, pengorbanan guru yang mendidik, pengorbanan ulama’ yang menyampaikan, pengorbanan Rasul yang memimpin dan pengorbanan demi pengorbanan yang tiada boleh kita ungkapkan kerana banyaknya insan yang telah berkorban. Tiap pengorbanan ini menuntut untuk kita menghargainya dan belajar daripadanya untuk berkorban pula tanda penghargaan kita. Menghayatikahku erti pengorbanan?



p/s - Salam eidul adha buat sume..maaf salah silap hamba yang lemah ini

Thursday, November 3, 2011

Selamatkan generasi negaraKU


Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
                                            --------------------------------------------------------

  Inilah pengenalan yang diperkenalkan oleh pihak yang ingin melaksanakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 yang akan berlangsung pada 9 hingga 13 November di The Annaxe Gallery Kuala Lumpur yang bertemakan " QUEER WITHOUT FEAR " di blognya http://www.seksualitimerdeka.org/



  Program itu kononnya berteraskan perjuangan hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Program tersebut sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Nauzubillah inilah realiti yang berlaku di tanah air tercinta MALAYSIA. 

  Jadi,ayuhlah wahai pemuda pemudi ISLAM bangkit untuk membantah sesuatu yang boleh merosakkan generasi pelapis bagi negara kita. Dan, pemimpin yang mempunyai kuasa bertindaklah jangan berdiam diri ini melibatkan sensitiviti semua rakyat. 


PENAJA BAGI PROGRAM SM 2011
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals