Friday, August 19, 2011

Perpisahan yang hampir tiba


Kedatangannya baru saja disambut,kemunculannya baru saja dirasai. Anak bulanmu seakan semalam ku tatapi. Solat terawih hanya baru saja dihadapi…

Pejam celik,pejam celik engkau sudah berada di sepuluh hari terakhir. Begitu cepat masa berlalu.Banyak lagi amalan yang belum dilakukan,banyak lagi kelebihan-kelebihan ramadhan yang belum direbut.Terasa sayu hati ini utk ditinggalkan oleh mu. Entah aku dapat bersamamu atau tidak lagi pada masa akan datang.



Sahabat, bagaimana Quranmu? Bagaimana Terawihmu? Bagaimana Qiamullailmu? Bagaimana hati dan jiwamu? Bagaimana tawakkal, harap dan takutmu kepada Penciptamu? Kalau ada perubahan ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah. Bererti Ramadhan yang dilalui tidak sia-sia. Tetapi kalau perubahannya sedikit, bermakna masih banyak yang perlu diselesaikan. Kalau langsung dirasai tidak ada perubahan, jawabnya ada masalah besar yang sedang melanda kita wahai sahabat. Carilah di mana silapnya. Silap makankah, silap minumkah, silap mulutkah, silap hatikah?

Sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan adalah saat-saat kritikal dan cukup penting. LailatulQadar sangat dinanti oleh sebuah hati yang sudah dibersihkan sepanjang duapuluh hari Ramadhan.
Ujiannya juga cukup kuat. Moodnya bukan lagi mood Ramadhan, tetapi mood Hari Raya. Nasyidnya bukan lagi tentang Ramadhan tetapi lagu Hari Raya. Persiapannya bukan untuk LailatulQadar tetapi untuk satu Syawal. Namun, bagi seorang mukmin yang telah melalui proses pembersihan dan penyucian jiwa, ia tahu yang mana patut didahulukan. Ia insaf yang mana mesti dibesarkan. Ia sedar yang mana mesti direbut dengan sebenar.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin

Wednesday, August 17, 2011

Istimewanya wanita


Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.