Seksualiti
Merdeka adalah
suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur,
dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council,
SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan
individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran
filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami
menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun
kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat
melahirkan diri mereka yang sebenar.
Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas
dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual
dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk
bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak
untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual,
transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.
--------------------------------------------------------
Program itu kononnya berteraskan perjuangan
hak asasi, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan
transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.
Program tersebut sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di
Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Nauzubillah
inilah realiti yang berlaku di tanah air tercinta MALAYSIA.
Jadi,ayuhlah wahai pemuda pemudi ISLAM
bangkit untuk membantah sesuatu yang boleh merosakkan generasi pelapis bagi
negara kita. Dan, pemimpin yang mempunyai kuasa bertindaklah jangan berdiam
diri ini melibatkan sensitiviti semua rakyat.
PENAJA BAGI PROGRAM SM 2011
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals
No comments:
Post a Comment