Setiap yang bermula pasti ada
akhirnya walaupun tanpa kita pinta. Begitulah sekali lagi yang berlaku pada
diriku buat kali keduanya berakhir bersama-sama adik-adikku yang tersayang
dalam satu kumpulan usrah. Kami bersama berkongsi idea dan rasa. Dan,mereka
juga antara yang menjadi penguat kepada diri ini tika diri ini lemah satu
ketika dulu. Memandang wajah-wajah kalian seribu pengharapan diharapkan.
Buat adik-adikku yang tersayang,
Relakan diri untuk sentiasa ditarbiah,
Walau berat,pedih dan bukan mudah,
Kerana kita berada di era kegawatan,
Jika kita lemah bagaimana dengan yang memerlukan kita???
Usah kita lari walau selangkah,
Nanti mereka akan lari seribu langkah dari kita,
Relakah kita melihat mereka terus hanyut,
Hanya disebabkan kita.
Teruskan ukhuwah yang terbina,
Jika lemah ukhuwah ini penawarnya,
Ukhuwah ini juga senjata kita,
Khas buat adik-adikku
WAHIDA,NAZUHA,ATIKAH,ADILA,SUYAIBATUL & SYARIFAH
SAYANG SEMUA KERANA ALLAH!!!
No comments:
Post a Comment