1) Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
2) Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah, Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
3) Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
4) Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
5) Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
6) Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
7) Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8) Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
9) Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.
10) Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya
Thursday, July 12, 2012
Friday, June 8, 2012
Hamba ALLAH
Dalam keadaan aku dan sahabat-sahabat di bumi Mesir sibuk study untuk imtihan fasa kedua, keluarga dan sahabat-sahbat di Malaysia sibuk bercuti. Jadi,agak tercuit juga perasaan ini huhuhu:(
Tapi, lumrah la kehidupan sebagai hamba Allah. Putaran roda kehidupan,putaran aktiviti kehidupan,putaran fasa kehidupan. Bersyukur tidak terhingga dilahirkan di dunia sebagai hamba Allah yang berakal dan sebagai hamba Allah yang ditaklifkan sebagai khalifah di bumi Allah.
Tidak guna berbangga dengan pentaklifan tersebut, jika diri tidak melaksanakan apa yang ditaklifkan. Sebagai khalifah di bumi yang serba luas ini begitu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang isteri/suami, seorang ibu/ayah dan yang paling penting tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Diri yang serba lemah ini, ingin mengajak sahabat-sahabat untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim tanpa meninggalkan muslim yang lain.Ini adalah kerana, muslim era kini telah ramai yang tersasar dan terbuai dengan dakyah-dakyah YAHUDI yang tidak pernah berhenti.
Monday, May 21, 2012
Ahlan REJAB...merindui RAMADHAN
Terasa baru saja melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan.Kini,RAMADHAN akan kembali lagi. Bermula masuknya bulan REJAB maka, ramadhan pun akan tiba. Tapi,sempatkah kita merasai bulan yang mulia itu. Jadi, untuk kesempatan yang ada marilah sama-sama kita merebut kelebihan dua bulan sebelum kedatangan ramadhan.( REJAB...SYAABAN )
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.
Allah berfirman,
”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)
Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) mensunatkan berpuasa di bulan-bulan Haram.
Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
Friday, April 20, 2012
Hepy besday mak
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya."
Tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih IBU yang tidak berbelah bahagi menyayangi anak-anaknya. Pengorbanan insan yang bergelar IBU ini amatlah banyak untuk dihitung. Seorang IBU terpaksa menanggung beban berat seorang insan selama 9 bulan, bersengkang mata menjaga seorang insan dari sebarang gangguan walau gigitan seekor semut.
IBU tidak pernah mungkir untuk menunaikan segala permintaan anak-anaknya walaupun kadang-kadang semua itu menyukarkannya. Tapi, seorang IBU sanggup melakukannya demi kasih sayang buat anak-anaknya.
Tapi, seorang anak tidak dapat melakukan sebegitu rupa terhadap ibu bapa. Benarlah ungkapan yang selalu kita dengar " Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak,tapi seorang anak tidak mampu menjaga seorang ibu."
Hari ini 21 APRILgenaplah umur emakku 48 tahun. Dan, selama 26 tahun juga emakku menyandang gelaran dan tanggungjawab sebagai seorang IBU. Begitu banyak pengorbanan dan kasih sayang emakku sepanjang tempoh tersebut. Tapi, tidak pernah sekali pun, beliau meminta untuk dibalas semua itu. Itulah, ajaibnya insan yang bergelar EMAK kepada kami 6 beradik.
Semoga kehidupan mak diberkati Allah dan bahagia dunia akhirat.
Special for you:
p/s: - Terima kasih mak, tiada kata-kata yang dapat diungkap dengan apa yang telah kau bagi pada kami.
- SAYANG,RINDU mak...
Wednesday, April 4, 2012
Fesyen tudung kini
Terasa lama tidak mencoretkan sesuatu di
teratak yang satu ini. Serengkali menjenguk tapi sekadar memandang dan saat
jari ingin menarikan sesuatu hanya separuh jalan dan dipadam. Entah kenapa mood
untuk menulis hilang melayang entah ke mana hehehe...
TUDUNG
YANG MENYERUPAI BIARAWATI KRISTIAN
Elakkan fesyen tudung sebegini, sesuai dengan tegahan Nabi dari hadis
berikut:
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Islam tidak melarang untuk berfesyen tapi sebagai seorang muslimah tidak dapat tidak perlulah berfesyen mengikut landasan yang Islam telah gariskan. Jangan menjatuhkan martabat kaum HAWA dengan fesyen dan dunia yang sentiasa menipu.
Tiba-tiba terasa ingin berkongsi
sesuatu dengan semua. Saban hari kita melihat pelbagai trend dan fesyen
masyarakat kini dalam pemakaian. Wanita maupun lelaki tidak terkecuali. Begitu
juga dengan fesyen tudung bagi kaum hawa. Kini, pelbagai fesyen tudung yang
berada di pasaran sehingga tidak sempat menghafal nama-nama fesyen tersebut.
TUDUNG
YANG BERSANGGUL
Larangan tudung bersanggul ini adalah
daripada hadis Nabi Muhammad sendiri, seperti yang dinyatakan dalam gambar di
atas:
Ada dua
golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:
1. Suatu kaum yang memiliki cemiliti ekor
lembu untuk memukul manusia
2. Para wanita yang berpakaian tapi
bertelanjang, kepala mereka seperti bonggol untuk yang bergoyang-goyang. Wanita
seperti ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan
baunya dapat dicium selamat perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat
Muslim)
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban)
Islam tidak melarang untuk berfesyen tapi sebagai seorang muslimah tidak dapat tidak perlulah berfesyen mengikut landasan yang Islam telah gariskan. Jangan menjatuhkan martabat kaum HAWA dengan fesyen dan dunia yang sentiasa menipu.
P/S: Peringatan untuk diri sendiri dan semua.
Semoga diri sentiasa istiqamah...amin
Thursday, March 8, 2012
Air mata SYIRIA
Terasa begitu lama menyepikan diri untuk bersama di laman ini. Tapi, bukan bermakna diri ini tidak mengambil peduli apa yang berlaku di sekeliling. Malah, tidak ketinggalan setiap hari untuk mengetahui berita-berita terbaru.
Setiap hari terasa begitu geram dan sedih dengan apa yang berlaku kepada saudara seAKIDAH di bumi SYIRIA. Sehingga ke hari ini,nasib mereka bertambah tragis.
Kezaliman rejim BASHAR ASAD semakin menggila. Saban hari mereka dibunuh dan disembelih tanpa ada belas kasihan. Tidak terkecuali golongan kanak-kanak dan wanita. Bagi rejim ini membunuh itu sebagai hobi.
Tapi, mata dunia tidak semuanya terbuka dengan nasib mereka. Masih ada lagi umat yang tidak mengetahui dengan penderitaan yang mereka alami. Malah, yang mengetahui pun hanya memandang sebelah mata. Mungkin kerana tidak berlaku kepada suami,isteri atau anak sendiri.
Ketua Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan pandangan jihad wajib ke atas setiap rakyat Syria. Beliau juga mengeluarkan fatwanya seperti berikut:
1) Jihad kewajipan setiap rakyat Syria dan tidak menjadi syarat perlu memperoleh persetujuan dari ayah dan ibu. Menjadi kewajipan umat bagi membantu mereka dengan harta dan senjata.
2) Setiap tali barut (Syabih) atau perisik atau pembantunya hukumannya adalah zalim dan perlu dibunuh.
3) Setiap tentera yang diperintah membunuh rakyat perlu berpaling tadah walau apa jua akibatnya.
4) Setiap mereka yang terkorban sama ada dibunuh, berpaling tadah dari rejim, menyertai demonstrasi atau mengiringi jenazah maka matinya adalah mati syahid dengan izin Allah.
5) Kewajipan bagi pekerja dan pegawai kerajaan agar membantu revolusi dengan maklumat.
6) Di sana, terdapat golongan Syiah 'Alawi yang dizalimi maka tidak boleh melayannya sebagai pembunuh.
7) Pasukan tentera atau keamanan yang mengadakan gangguan seksual ke atas wanita maka mereka mesti dibunuh.
8) Setiap individu mazhab dan agama diseru menyertai revolusi dan membunuh rejim.
9) Tidak salah jika penyertaan wanita bersama-sama revolusi dengan kemampuan yang mereka miliki.
10) Zakat pada waktu ini wajar diberi keutamaan bagi menyokong Revolusi Syria dan membantu para pejuang padanya.
Kini mereka sudah tidak mengharapkan sesiapa melainkan bantuan daripada ALLAH. Kezaliman tidak akan bertahan lama. Senjata kita yang paling utuh hanya satu iaitu DOA. Jadi, jangan ketinggalan doa qunut nazilah dalam setiap solat kita. Allah sentiasa mendengar doa umat-umatnya. WALLAHUL MUSTA'AN.
Sunday, February 5, 2012
Kekasih hati
Begitu mudah kita melafazkan sayang,
Begitu mudah kita melafazkan rindu,
Begitu mudah kita melafazkan cinta,
Begitu mudah kita menyimpan impian untuk bertemu.
Tapi,
Apakah yang kita lakukan untuk membuktikan sayang,
Apakah yang kita usahakan untuk sebuah kerinduan,
Apakah yang kita korbankan untuk sebuah cinta,
Apakah usaha kita untuk realisasikan sebuah pertemuan.
Sia-sia semua perasaan kita,
Andai kita hanya seperti pungguk rindukan rembulan,
Menanti dan terus menanti,
Tanpa ada sedikit usaha.
Andai kita sayangkan DIA,
Kita akan sentiasa bersama kisah-kisahnya.
Andai kita rindukan DIA,
Kita akan sentiasa menyebut namanya,
Andai kita cintakan DIA,
Kita sanggup berkorban deminya.
Tapi,
Sejauh mana usaha dan pengorbanan kita,
Untuk DIA kekasih Allah,
Untuk DIA yang tidak pernah melupakan kita,
Untuk DIA yang kita hingga kini digelar umat yang terpuji.
Korbankanlah sedikit waktu,tenaga,& harta,
Untuk risalah BAGINDA andai kita betul-betul mencintainya.
Teruskanlah bersama sunah BAGINDA andai kita menyayanginya.
INSYAALLAH satu hari andai ditakdirkan kita bertemunya,
Kita adalah insan yang paling bahagia dan bertuah.
Rindu padaMU RASULULLAH SAW....
Subscribe to:
Posts (Atom)









